Isnin, 27 Jun 2016

Sabtu, 12 Julai 2014

Jom mancing !!! ada radio pun tak guna ...

Teringat satu kisah semasa gi mancing kat sini. LOKASI RAHSIA untuk perlindungan habitat sungai dan hutan. HIHIHI. 

Kawasan ini tiada liputan semua TELCO dan radio komunikasi. Putus perhubungan dengan dunia luar.

Semasa trip ke sini suatu ketika dulu ada seorang ahli yang keluarganya mengalami hal kecemasan di rumah. Masih aku teringat ayat yang dilafazkan oleh isterinya selepas kami balik ke rumah "kalau akak ada helicopter, akak pergi cari group kamu kat hutan nun".

Kini sudah lama tempat ini tidak dikunjungi. Kelah, baung, sebarau, dan seumpamanya juga merindui mata pancing kami barangkali. Jom kawan2... kita sejukkan badan dan relekskan minda dari keharuan rutin harian...

Rabu, 9 Julai 2014

Salam contact kenal




Fuh....
Lama sungguh ku tinggal tapak ini dan radio ini...

Tunggu la reborn, jika diizinkan nanti....

Kalau tak pun just mendengar aja lah...













de 9W2AIS (callsign yang mati)

Khamis, 16 Januari 2014

Kenangan Radio

Kini hampir setahun AA ku telah tamat tempoh tanpa diperbaharui. 31 Januari 2014 ini genaplah setahun. Setelah hampir setahun tidak ke udara di freq amatur timbul pula kerinduan. Tmbah-tambah lagi apabil aku membelek-belek koleksi gambar peralatan radioku.

Semua peralatan tu masih tersimpan rapi di dalam kotak khas. Entah bila masanya akan ku buka dan pasang semula.


Ahad, 4 September 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Hari ini hari Isnin 5 September 2011 bersamaan 6 Syawal 1432H. Aku masih dalam mood bercuti raya dan masih bercuti. Tak de kerja nak buat sambil melayan keboringan aku jenguk lah blog aku yang dah lama berabuk ni. Harap-harap selepas ni akan ada masa untuk aku sentiasa update blog ini agar tidak berabuk.

Di kesempatan ini walaupun dah 6 Syawal, tidak ketinggalan aku ucapkan selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir dan batin kepada semua. Ramadan dah berlalu pergi, dan dengan kesempurnaan puasa ramadan dan diikuti 6 hari di bulan syawal moga-moga kita semua mendapat keberkatan Ilahi.

Apa-apa pun jika selama ini ada terkasar, tersilap, terlanjur, ampun dan maaf dipinta. jumpa lagi.
de 9W2AIS

Selasa, 19 Julai 2011

JARL FUJI AWARD PROGRAM


JARL "Fuji" AWARD PROGRAM

Fuji Award
  1. "Fuji" award will be issued to amateur stations and SWLs.Applicants should contact with 10 different amateur stations through the Amateur Satellite "Fuji" (only contacts in CW or SSB mode) , and should obtain the QSL cards from those stations.
    Notes:
    • Amateur Satellite JAS-1 (Fuji, FO-12, 8J1JAS) was launched at 20:45 UTC on Aug.12, 1986.
    • Amateur Satellite JAS-1b (Fuji, FO-20, 8J1JBS) was launched at 01:33 UTC on Feb.7, 1990.
    • Amateur Satellite JAS-2 (Fuji, FO-29, 8J1JCS) was launched at 01:53 UTC on Aug.17, 1996.
  2. Each claim must be accompanied by a QSL card list furnished with the callsigns of stations worked (heard) , dates, bands and modes of the contacts (receptions) .
  3. Each list must be accompanied by a statement from the applicat's national society or from any two amateurs other than the applicant certifying that the QSL cards of the contacts listed are in the possession of the applicant and that the items of the cards are correctly listed. If such a statement is not available, the applicant must submit all 10 QSL cards concerned.
  4. A fee of 12 IRCs or us $16 will be charged. If QSL cards are submitted, sufficient funds for return postage will also be required.
  5. Only contacts with amateur stations authorized by the administration will be acceptable. Contacts with the Far East Military Auxiliary Stations in Japan will not be acceptable.
  6. All contacts must be made on land (river/lake) within the same call area or, if no call area exists, within the same country.
  7. All correspondence should be sent to :
    Japan Amateur Radio League - Award Desk, 1-14-5 Sugamo, Toshima, Tokyo 170-8073, Japan.


Khamis, 20 Januari 2011

Contact di Echo Link

Hari ini 13 Januari 2011, cuba contact rakan di Echolink.

Dapatlah membuat contact dengan 9W6MUN di Kota Marudu, Sabah. Terima kasih bebanyak kepada 9W6MUN kerana menjawab panggilan dan juga terima kasih atas tips2 yang diberi untuk menggunakan echolink.

Pada masa akan datang akan kucuba lagi explore penggunaan echolink.

de 73.

Sabtu, 14 Ogos 2010

Eyeball Ramadan 2010

Kebetulan ada kelapangan, tiada dirancang... satu eyeball diadakan di Rimba Klasik, Bandar Baru Bangi. Hadir: 9w2MJR bersama XYL, 9w2NSX sekeluarga, 9w2NMY, 9w2CEH, 9w2BJS, 9w2DIQ, dan dua orang SWAL Naim serta Jefri.
Bermula lebih kurang kul 11.00 malam dan berakhir menjelang jam 2 pagi... balik sahur. Selamat 5 ramadan. de 73.

Ahad, 25 Julai 2010

Net V33

Pada jam 11.22 malam, 25 Julai 2010 (Ahad) menyertai chat Net V33.
Terima 59 dari 9w2MBV - pengawal rangkaian, handle Zamri dari Ampang.
Merupakan peserta chat yang ke-50. Thnx. 73.

Malaysia hamfest 2010

Malaysia hamfest 2010 akan berlangsung pada 30 julai hingga 01 ogos 2010 di Menara Kuala Lumpur.


http://www.facebook.com/hamfest.my


Untuk Aturcara selama 3 hari tersebut sila lawat:

Rabu, 21 Julai 2010

First Contact di 10meter

Alhamdulillah.... setelah berhari-hari monitor di 10meter band akhirnya aku dapat juga berhubung dengan rakan ham di 10meter pada hari ini 21 Julai 2010, jam 7.05 petang.

Terima kasih 9m6YBG, Mr. Yeu dari Kota Kinabalu, Sabah. Terima 59. Begitu juga 9m6YBG menerima 59. di Freq 28.490

Rakan kedua 9w2BCT, Aswadi di Bandar Teknologi, Kajang, juga terima 59.
73

Jumaat, 16 Julai 2010

Eyeball d'Lempeng

Lama tak eyeball ngan kengkawan radio. malam tadi berkesempatan eyeball di d'lempeng seksyen 4 bbb. Cecah jam 12.00 malam gak. Turut hadir.... 9w2BJS, 9w2SIS, 9w2ZYL dan 9w2LST. Kebetulan ada bersama 9w2MJR bersama keluarga.... Moga jupe dan jupa lagi. 73

Sabtu, 13 Mac 2010

Tahniah untuk XYL ku

Kini kami bertiga dah menjadi famili HAM aku(9w2ais), xylku (9w2bia) dan harmonicku (9w2ikh). Kami selalu berada di simplex freq v18 145.225 Kepada sahabat2 yang sudi bergabung dipersilakan.

Kini kami bertukar ke simplex v35 kerana itu rumah asal bandar baru bangi yang kini sunyi.

Ahad, 11 Oktober 2009

Rentetan Saya ke arah 9w2AIS

Saya merupakan salah sorang generasi baru dalam dunia radio amatur di Malaysia. Memang baru dan cetek sangat pengetahuan dalam bidang komunikasi ini. Sebelum tahun 2004 saya langsung tidak tahu apa-apa tentang radio amatur.

Mula terjebak apabila menghadiri satu Kursus Radio Komunikasi Dua Hala di Pulau Besar, Melaka pada tahun 2004. Kursus selama 4 hari yang mendedahkan tentang komunikasi radio dua hala ini secara langsung menarik minat saya untuk terus mendalami dan mempelajari apa dia Radio Amatur. Penceramah, arwah 9m2GL (al-Fatihah), 9m2AU, 9w2DE, 9w2HZA dan 9w2??? sememangnya amat-amat berkemahiran dan dunia Radio Amatur. Kepakaran penceramah memberi input telah memikat kebanyakan peserta kursus yang terdiri lebih kurang 45 peserta dari seluruh negara.

Balik daripada kursus tersebut, pada tahun itu juga saya telah menduduki RAE yang diadakan di PWTC Kuala Lumpur dan berjaya dengan cemerlangnya (kah kah kah). Setelah lulus RAE mengagau juga saya mencari pengesahan daripada 9M2 pada masa tu, dan kebetulan penghujung tahun 2004, MARES mengadakan pertemuan di Restoren DTasik UNITEN Bangi. Di situlah juga pertemuan pertama dengan 9w2LRT dan 9w2CEO yang seterusnya bersama-sama sehingga sekarang dalam dunia radio amatur ini. Saya mendapat AA pada januari 2005 dengan callsign 9w2AIS, bermaksud Aziz Ibrahim + Sabariah (xyl).

(Cerita menarik menghadiri RAE di PWTC akan saya sambung nanti)

Rabu, 1 Julai 2009

Koleksi Antena Base

4 Step Folded Dipole. Nak buat sendiri (homebrew) boleh. Nak beli yang dah siap pun boleh. Kalau beli harganya lebih kurang MYR450.00. Prestasi berbaloi dengan duit yang dibelanjakan. Walaupun ketinggian hanya 20 kaki dari paras bumi boleh bekerja dengan cantik sehingga ke Sumatera Utara (Sumut). Dari segi penjagaan dan penyelenggaraan, jaminan pengeluar selama 5 tahun.




Silver Thunder V24 - Original siam mari. Prestasi memang ok dengan harga. Cuma dari segi penyelenggaraan perlu diperiksa setiap penyambungan sekurang-kurangnya sekali dalam setahun. Kalau nak beli harga sekitar MYR250.00

Performance lebih kurang sama dengan antana Guzdan (Made in Indonesia) atau homebrew 'antena astra'






Yagi J-Beam 4 elemen. Prestasi ok gak. Boleh QSO simplex sampai Temerloh, Melaka dan Seri Manjung. Tinggi lebih kurang 8 meter je. Kat atas bumbung 2 tingkat. Kat sebelah tu antera astro le. he he he .....






Yang atas tu Diamond F22. Masih dalam keadaan baik. Bercadang untuk dijual. MYR250.00

Yang bawah tu J-Pole. Tinggi lebih kurang 8 meter. Prestasi lebih kurang sama dengan coloniar copper