Rabu, 1 Julai 2009

Koleksi Antena Base

4 Step Folded Dipole. Nak buat sendiri (homebrew) boleh. Nak beli yang dah siap pun boleh. Kalau beli harganya lebih kurang MYR450.00. Prestasi berbaloi dengan duit yang dibelanjakan. Walaupun ketinggian hanya 20 kaki dari paras bumi boleh bekerja dengan cantik sehingga ke Sumatera Utara (Sumut). Dari segi penjagaan dan penyelenggaraan, jaminan pengeluar selama 5 tahun.




Silver Thunder V24 - Original siam mari. Prestasi memang ok dengan harga. Cuma dari segi penyelenggaraan perlu diperiksa setiap penyambungan sekurang-kurangnya sekali dalam setahun. Kalau nak beli harga sekitar MYR250.00

Performance lebih kurang sama dengan antana Guzdan (Made in Indonesia) atau homebrew 'antena astra'






Yagi J-Beam 4 elemen. Prestasi ok gak. Boleh QSO simplex sampai Temerloh, Melaka dan Seri Manjung. Tinggi lebih kurang 8 meter je. Kat atas bumbung 2 tingkat. Kat sebelah tu antera astro le. he he he .....






Yang atas tu Diamond F22. Masih dalam keadaan baik. Bercadang untuk dijual. MYR250.00

Yang bawah tu J-Pole. Tinggi lebih kurang 8 meter. Prestasi lebih kurang sama dengan coloniar copper