Sabtu, 12 Julai 2014

Jom mancing !!! ada radio pun tak guna ...

Teringat satu kisah semasa gi mancing kat sini. LOKASI RAHSIA untuk perlindungan habitat sungai dan hutan. HIHIHI. 

Kawasan ini tiada liputan semua TELCO dan radio komunikasi. Putus perhubungan dengan dunia luar.

Semasa trip ke sini suatu ketika dulu ada seorang ahli yang keluarganya mengalami hal kecemasan di rumah. Masih aku teringat ayat yang dilafazkan oleh isterinya selepas kami balik ke rumah "kalau akak ada helicopter, akak pergi cari group kamu kat hutan nun".

Kini sudah lama tempat ini tidak dikunjungi. Kelah, baung, sebarau, dan seumpamanya juga merindui mata pancing kami barangkali. Jom kawan2... kita sejukkan badan dan relekskan minda dari keharuan rutin harian...

Tiada ulasan: